Hidup Ini Suatu Ujian

Hidup ini adalah satu ujian. Ujian yang paling asas bagi seluruh umat manusia ialah pemilihan terhadap mahu beriman ataupun tidak dengan apa yang Allah SWT Turunkan kepada semua nabi & rasul, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Namun ujian itu tidak berhenti di situ. Setiap manusia yang mengaku beriman itu pasti akan Allah SWT Uji pula dalam pelbagai bentuk, sama ada kesenangan atau kesusahan. Ia adalah untuk Memperingatkan kembali hamba-Nya yang mengaku beriman itu tentang pelajaran lama yang dilupakan atau masih belum dihayati dengan baik. Boleh jadi juga ia adalah untuk Mengajarkannya suatu pelajaran yang belum pernah diketahuinya, yang sebenarnya sedia ada dalam Islam yang telahpun sempurna perisalahannya.

Bagi manusia yang mengaku beriman, ia perlu melakukan muhasabah terhadap segala yang terjadi terhadap dirinya & persekitarannya, sama ada perkara yang baik ataupun perkara yang buruk. Kemudian disusuli dengan koreksi terhadap perkara-perkara yang mungkin selama ini ia terlalai ataupun belum pernah diketahuinya. Dengan itu, kehidupannya di dunia ini akan secara beransur-ansur bertambah baik.

Serentak dengan itu juga, keimanannya akan terus meningkat secara bertahap & menjadi semakin sempurna, mengikut pelajaran yang berjaya dihayatinya dalam ujian kehidupan. Namun ia harus ingat bahawa, ujian itu akan menjadi semakin sukar & semakin berat.

Di sinilah ia perlu benar-benar yakin dengan segala Janji Allah SWT, di samping semakin bersungguh-sungguh berpegang & beramal dengan segala sunnah Rasulullah s.a.w. Di sini juga ia mungkin akan sedar & perlu sedar, tentang betapa kerdil & tidak berdayanya ia, betapa ia tidak punyai apa-apa kudrat, melainkan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepada-Nya.

Bahkan mungkin akan hadir satu saat dalam kehidupannya, di mana ia akan berhadapan dengan suatu ujian yang sangat dahsyat & getir, mungkin berdepan dengan pilihan antara hidup & mati, di mana manusia yang mengaku beriman itu akhirnya terpaksa bertawakkal & berserah diri kepada Allah SWT secara total, kerana ia sedar bahawa segala pilihannya yang ada di tangannya, semuanya menuju ke jalan yang buntu. Hanya kekuatan imanlah yang menjadi bekalannya pada saat itu.

Sehinggalah pada akhir hayatnya, ia menemui Allah SWT dalam keadaan hatinya suci bersih; bebas daripada sebarang kotoran syirik mahupun debu perbuatan maksiat. Allah SWT Redha dengan dirinya, & ia juga redha dengan Allah SWT.

Dan berbahagialah manusia yang terpilih untuk menempuhi jalan yang sedemikian, buat selama-lamanya, di alam akhirat yang kekal abadi.

Semoga Allah SWT Memilih kita untuk mengenali & menyusuri jalan-Nya yang lurus.

Isy kariman au mut syahidan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s