Prakata II

Menerusi blog ini, insha-Allah, akan saya cuba bentukkan suatu tasawwur (‘worldview‘) untuk menerangkan keadaan & masalah kita umat Islam secara holistik (menyeluruh), khususnya di Malaysia, berserta punca masalah & jalan penyelesaiannya, dengan menghimpun & menyusun perkara-perkara berikut:

1) Dalil & nas secara langsung daripada al-Quran & hadis Nabi, yang boleh difahami daripada zahir teks, mahupun dijelaskan dengan terperinci melalui asbabun nuzul & asbabul wurud.

2) Tulisan para ulama, asatizah mahupun pemikir Islam—tempatan & antarabangsa, yang merentasi pelbagai masa & tempat, masyhur ataupun tidak, berserta dengan dalil & nas yang digunakan.

Sebahagiannya akan melibatkan petikan hujah & huraian yang mereka berikan secara ‘word-by-word‘; manakala sebahagian lagi melibatkan rumusan tentang idea yang mereka bentangkan.

Sebahagian topik yang akan dikongsikan mungkin sudah biasa dilazimi oleh mereka yang mengikuti usrah, kelas pengajian & kuliah, ataupun yang mengkaji karya-karya ulama. Cuma mungkin ia tenggelam & menjadi ‘blind spot‘ lantaran kesibukan harian kita, ataupun mungkin kerana kurang difahami, mahupun kurang dihayati selepas ianya dipelajari. WAllahu a’lam.

3) Penerangan penulis & pakar Barat akan digunakan untuk menerangkan perlaksanaan sesuatu urusan dalam bidang tertentu yang mungkin tiada penjelasan seumpamanya yang dibuat oleh pihak yang terlibat dalam urusan tersebut dalam masyarakat Islam. Contoh yang boleh diberikan buat masa ini ialah penjelasan tentang praktik dalam sektor perbankan.

Ketiga-tiga sumber ini akan dianalisis sebelum beberapa kesimpulan dibuat. Sedaya upaya, saya akan berpegang kepada dalil & hujah dalam membuat kesimpulan, tanpa mengikut pendapat peribadi. Jika ada pendapat peribadi, akan dinyatakan pada tempatnya.

Kesimpulan yang dibuat bukanlah sesuatu yang bersifat mengikat; ia sekadar untuk renungan & perbincangan sesama kita umat Islam. Terpulang kepada pakar-pakar rujukan umat Islam untuk meneliti hujah-hujah yang dikemukakan, untuk bersetuju ataupun tidak.

Ingin saya pinjam kata-kata Imam Syafi’i r.h.:

“Pendapat saya betul namun ada kemungkinannya silap, manakala pendapat orang lain silap namun ada kemungkinannya betul.”

Juga meminjam kata-kata Imam Malik r.h.:

“Aku hanyalah seorang manusia, kadang-kadang silap, kadang-kadang betul. Maka telitilah pandanganku, setiap yang menepati al-Quran & Sunnah ambillah, manakala yang menyanggahinya tinggalkanlah.”

Jika ada kesilapan yang boleh dikesan, tegurlah dengan baik & betulkan dengan beradab. Hal tersebut sangat saya alu-alukan.

Semoga apa yang bakal dikongsikan di sini bertepatan dengan hakikat yang sebenar hal yang dibincangkan tersebut.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini. Kepada-Nya jualah sewajarnya kita serah & kembalikan segala urusan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s