Pembuka Bicara

Bismillah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

khutbah al-haajjah

Segala pujian hanya milik Allah SWT jua. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan-Nya & memohon pengampunan-Nya jua. Kami berlindung dengan Allah SWT daripada kejahatan diri sendiri & daripada segala kejahatan perbuatan kami.

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT, maka tiada apa-apa pun yang dapat menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah SWT, maka tiada apa-apa pun yang dapat memberinya hidayah.

Saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah semata-mata, tanpa sebarang sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad SAW ialah hamba-Nya & rasul utusan-Nya.

Allah SWT Berfirman:

Ali 'Imran 3_102

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa & janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu tunduk & patuh kepada Allah dengan sepenuhnya.”

[Surah Ali ‘Imran, 3: 102]

Allah SWT Berfirman:

An-Nisa' 4_1

“Wahai umat manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah Mencipta kamu daripada jiwa yang satu (iaitu Nabi Adam a.s.) & Dia Mencipta daripada jiwa yang satu itu isterinya (iaitu Hawwa’ a.s.). Dia juga Menyebarkan daripada mereka berdua (keturunan manusia yang terdiri daripada) ramai lelaki & perempuan. Bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta sesama kamu dengan (menggunakan nama)-Nya. (Peliharalah dirimu daripada memutuskan) hubungan rahim. Sesungguhnya Allah Maha Memerhati & Mengawasi (segala amalan kamu, kemudian Dia akan Membalas kepada kamu pada hari kiamat kelak).”

[Surah an-Nisa’, 4: 1]

Allah SWT Berfirman:

Al-Ahzab 33_70-71

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, & ucapkanlah kata-kata yang benar. (Jika kamu lakukan), Dia pasti akan Mengelokkan (& Menerima) amalan-amalan kamu, serta Mengampunkan dosa-dosa kamu. Sesiapa yang taat kepada Allah & Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar.”

[Surah al-Ahzab, 33: 70-71]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s